Tuesday, April 13, 2010

KUCHING GEMUK BUKAN CALON P.94 HULU SELANGOR

huhu....nampak gayanya tak jadilah si KUCING GEMUK tu jadi calon di P.94 Parlimen Hulu Selangor. Mimpi ngeri la jawapnya.....Kekonon sewaktu melancarkan Jentera pilihanraya PKR di Taman Gamelan baru-baru ini. Samsul Iskandar diberi gelaran KUCING yang bakal menggegarkan Parlimen P.94 Hulu Selangor pada 25 April nanti. Rupanya si Kucing BESAR itu hanya lah dijadikan Boneka semata-mata.

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Menurut

sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu........(Seterusnya)

[Maka dengan ini jelas dan nyata bahawa PKR juga takut untuk menurunkan calon yang berketurunan India untuk dipertandingkan di kerusi parlimen P.94 Hulu Selangor. Jelas dan lantangnya suara pucuk pimpinan PKR menyatakan bahawa Barisan Nasional penakut dan tidak berani untuk mempertaruhkan calon MIC di Parlimen Hulu Selangor. Apabila disambut cabaran DSAI itu, DS Najib juga membuat keputusan untuk meletakan calon dari MIC anak tempatan Hulu Selangor sebagai calon Ahli Parlimen P.94 Hulu Selangor. Tetapi mengapa DSAI tidak meletakan calon berbangda India.....maka dengan ini Jelas la DSAI penakut dan BACUL........]


runung-renungkan Selamat beramal....


Monday, April 12, 2010

BN tidak gentar siapa calon pembangkang

Barisan Nasional (BN) bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja calon dari parti pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tidak kira sama ada parti pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya itu nanti atau sesiapa pun, BN tidak gentar dan pasti akan lawan.

"Kita tak mahu masuk campur dalam urusan calon pembangkang, itu urusan mereka dan terserahlah kepada mereka nak letak siapa.

"Yang kita pasti, siapa dia akan letak kita akan lawan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-37 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kompleks Sukan Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini hari ini.

Mohd. Shafie ditanya mengenai desas-desus kemungkinan PKR akan meletakkan Zaid yang merupakan penyelaras pakatan pembangkang sebagai calon dari PKR bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil itu.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan sumber PKR yang dipetik Bernama bahawa parti itu akan mencalonkan Zaid pada pilihan raya kecil berkenaan walaupun pucuk pimpinan parti tersebut dikatakan sudah mempunyai calonnya sebelum ini.

Pada perkembangan sama, Mohd. Shafie mahu rakyat khususnya di kawasan Parlimen Hulu Selangor supaya menyedari sumbangan serta jasa kerajaan selama ini yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam membangunkan kawasan itu.

Jelasnya, rakyat perlu bijak menilai peranan besar yang disumbangkan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai infrastruktur dan prasarana untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat kawasan berkenaan.

"Dengan pelbagai usaha pembangunan terutama kemudahan asas yang disediakan di kawasan itu, kita yakin perkhidmatan yang kita beri selama ini akan menambat hati para pengundi," katanya.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian calon dari PKR, Dr. Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat sakit barah.

paling layak wakili Barisan Nasional di Hulu Selangor

DUA hari lagi, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan siapakah calonnya yang bakal diberi tanggungjawab untuk menegakkan kembali panji-panji parti itu dalam Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Pilihan raya yang bakal berlangsung pada 25 April ini dianggap cukup penting bagi BN, justeru parti tersebut tidak boleh tersalah langkah melakukan percaturan terutamanya dari segi calon.

Sejarah dalam pilihan raya kecil sebelum ini sudah menjadi bukti bahawa kesilapan memilih calon telah membawa padah kepada BN.

Oleh itu, menjelang pengumuman yang bakal dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis ini, spekulasi mengenai siapa calon BN semakin hangat diperkatakan.

Ia semakin rancak apabila Muhyiddin semalam menyatakan nama calon sudah disenarai pendek dan paling ketara apabila beliau menyatakan, calon berkenaan anak tempatan dan berkelulusan tinggi serta 'yang rakyat mahukan'.....(Seterusnya)

Calon BN anak tempatan

Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata Calon yang bakal dipertandingkan di kerusi Parlimen P.94 Hulu Selangor menjelma hari pengundian pada 25 hari bulan nanti adalah anak tempatan. Ini adalah erkoran daripada suara GROUND yang didengari oleh beliau untuk menetukan siapakah calon yang benar-benar layak untuk menduduki kerusi berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin juga menyatakan kriteria calon berkenaan menepati apa yang dikehendaki rakyat termasuk bebas daripada sebarang skandal peribadi dan berkelulusan tinggi.

"Kita sedang mendengar dan mengumpul pandangan daripada semua pihak. Sudah ada input tentang apa yang dikehendaki pengundi di sini dan kita akan ambil kira apa yang rakyat mahukan.

Muhyiddin berkata, calon yang akan dipilih nanti adalah seorang yang diyakini akan dapat bekerjasama dengan pemimpin bawahan dan bersifat amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah mendapatkan segala maklum balas berhubung kehendak pengundi di Parlimen Hulu Selangor.

"Pada akhirnya keputusan siapa calon BN di sini akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya

Sunday, April 11, 2010

PKR TIADA CALON

PKR dengan jelas dan nyata tiada pendirian untul meletakan calon yang layak untuk dipertandingkan di kerusi Parlimen P.94 Hulu selangor. Ini adalah kerana bagi mereka , mereka yakin dan percaya yang kononya bahawa mereka akan memenangi kerusi tersebut walau siapa pun yang akan diletakan oleh BN sebagai calon di Parlimen P.94 Hulu Selangor.

Tanpa mereka sedari bahawa mereka telah menunjukan bahawa Pakatan Rakyat sedang menunjukan kelemahan mereka didalamm menetukan calon untuk dipertandingkan di P.94 Hulu Selangor. Malam Semalam didalam perlancaran Angkatan Muda KeAdilan (AMK) didalam Jentera Pilihanraya kecil Parlimen P.94 Hulu Selangor ada menyatkan bahawa Samsul Iskandar bakal dipertandingkan bagi kerusi tersebut. Namun didalam dada akhbar hari ini ada menyatakan bahawa Zahid Ibrahim juga diantara calon yang akan dipertandingkan di Hulu Selangor itu pun sekiranya Calon yang MIC yang dipertandingkan. Huhuhu...penakut jugak si PKR ni......

Ikuti laman ini dari masa ke semasa untuk mengetahui perkembangan Pilihnaraya Kecil Parlimen P.94 Hulu Selangor....

PKR PENAKUT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meletakkan Datuk Zaid Ibrahim (gambar) sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya jika Barisan Nasional (BN) menamakan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sebagai calonnya.

Menurut sumber dalaman parti sekalipun Zaid dilihat calon pilihan PKR, parti itu mungkin menukar beliau kepada orang lain pada saat-saat akhir jika BN tidak mencalonkan Palanivel.

PKR menjangkakan pertandingan antara dua calon yang berkaliber sekiranya BN meletakkan Palanivel, kata sumber itu kepada Bernama di sini.

Beliau bagaimanapun tetap melihat Zaid sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu sekalipun pucuk pimpinan parti mempunyai percaturan lain jika ramalan Zaid dan Palanivel tidak menjadi kenyataan.

[ Beginilah perjunagan PKR yang jelas dan nyata mereka adalah penakut.Kalau berani sangat nak berjuang cuba la letak calon dari kaum India. Semalam baru sahaja berlangsung perlancaran AMK Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen P.94 Hulu Selangor. Merapu entah apa-apa. Tapi ada juga diwar-warkan kepada umum bahawa Samsul Iskandar bakal menjadi calon pada pilihanraya kecil Hulu Selangor. Samsul Iskandar yang juga diberi gelaran KUCHING BESAR bakal menggegarkan pengundi dan rakyat hulu Selangor]



Wednesday, April 7, 2010

CALON DARI MIC?????

Baru sekejap tadi PM mengumunkan bahawa calon yang bakal dipertandingkan untuk pilihanaraya kecil Parlimen P.94 Hulu Selangor adalah dari MIC. Ini adalah sebuah kesilapan yang besar telah dilakukan oleh UMNO PUSAT........pengumuman tersebut yang hanya akan menjadi mimpi ngeri kepada Barisan Nasional..untuk memenangi kerusi P.94 hulu Selangor. Pemilihan calon yang dinginkan oleh rakyat adalah berdasarkan kewibawaan Tan Sri Mohamad Bin Muhd Taib sewaktu beliau memerintah kerajaan Negeri Selangor. Disebabkan kewibawaan itu lah rakyat P.94 Hulu Selangor memilih agar Tan Sri Mohamad Bin Muhd Taib menjadi calon di Parlimen mereka.