Tuesday, April 13, 2010

KUCHING GEMUK BUKAN CALON P.94 HULU SELANGOR

huhu....nampak gayanya tak jadilah si KUCING GEMUK tu jadi calon di P.94 Parlimen Hulu Selangor. Mimpi ngeri la jawapnya.....Kekonon sewaktu melancarkan Jentera pilihanraya PKR di Taman Gamelan baru-baru ini. Samsul Iskandar diberi gelaran KUCING yang bakal menggegarkan Parlimen P.94 Hulu Selangor pada 25 April nanti. Rupanya si Kucing BESAR itu hanya lah dijadikan Boneka semata-mata.

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Menurut

sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu........(Seterusnya)

[Maka dengan ini jelas dan nyata bahawa PKR juga takut untuk menurunkan calon yang berketurunan India untuk dipertandingkan di kerusi parlimen P.94 Hulu Selangor. Jelas dan lantangnya suara pucuk pimpinan PKR menyatakan bahawa Barisan Nasional penakut dan tidak berani untuk mempertaruhkan calon MIC di Parlimen Hulu Selangor. Apabila disambut cabaran DSAI itu, DS Najib juga membuat keputusan untuk meletakan calon dari MIC anak tempatan Hulu Selangor sebagai calon Ahli Parlimen P.94 Hulu Selangor. Tetapi mengapa DSAI tidak meletakan calon berbangda India.....maka dengan ini Jelas la DSAI penakut dan BACUL........]


runung-renungkan Selamat beramal....


No comments:

Post a Comment